Pages

Thursday, June 12, 2014

Kurus dan Langsing dengan Cinch Shake

CINCH SHAKE MIX mengandungi leucine yang merupakan otot yang membina asid amino yang terdapat dalam protein tertentu. Ujian klinikal yang telah dibuat ke atas formula leucine telah menunjukkan dapat mengekalkan 100% jisim otot tanpa lemak (lean muscle mass).
Mereka yang telah menjalani program ini telah kehilangan lemak, berat, inci dan pada masa yang sama mengekalkan otot mereka. 
Ini bermakna, walaupun anda sudah mendapat berat yang ideal, kulit dan otot anda tidak akan menggeleber.

Cinch Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.

Setiap kali anda menikmati Cinch Shake, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting. Mengapa? Ini kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan, ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan. Dan tidak ketinggalan juga terhadap kandungan leusina dan zat-zat yang diperlukan oleh badan anda. 

  • Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut
  • Mengandungi Cinch Pro iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina
  • Diperkaya dengan Leucine untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan
  • Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang
  • Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
  • Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
  • Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan
  • Soya bukan GMO
Kebaikan cinch:
  • Memberikan rase kenyang berjam-jam lamanya
  • Mengurangkan selera makan bagi anda yg tak boleh control nafsu makan
  • Menberi tenaga berpanjangan so anda tak cepat penat walaupun melakukan pelbagai aktiviti harian
  • Meningkatan metabolisme badan
  • Memelihara otot bagi mengelakkan anda gemuk semula dgn cepat bila dah kurus
  • Anda boleh mengambil carbo spt nasi dsb tetapi dgn kadar yg sedikit 
  • Menghilangkan lemak yg berlebihan dan mengurangkan inci pada badan


CINCH SHAKE didatangkan dengan 3 perasa iaitu VANILLA, CHOCOLATE DAN CAFE LATTE. Ketiga-tiga nya memang sedap. Boleh juga kalo nak mix & shake dengan apa2 sahaja minuman kegemaran anda.. Jika mahu kurus, Cinch Shake memang disarankan...sebab tu la ia dinamakan Cinch...minuman yg bisa mengurangkan ukurlilit kawasan tubuh yang anda inginkan..

Adorable Mealshakes


Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:
•    Sarapan segera yang berkhasiat
•    Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
•    Hidangan segera untuk para atlet
•    Kudapan menarik pada bila-bila masa
•    Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium
Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu
7 FAKTA TENTANG MEAL SHAKES YANG ANDA PERLU TAHU: 
 
1. Nutrien yang lengkap
  • Memberi 24 jenis A ke Z vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan mineral akanmemberi kesan kepada penyerapan vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.

2. Bekalan nutrien utama untuk sel-sel tubuh  
  • Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalammembentuk kulit, kuku, rambut, organ, darah, sel-sel vaksin yang lain-lain.

3. Membantu Tumbesaran 
  • Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.

4. Anti-oksidan 
  • Mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium yang merupakan komponen anti-oksida bertindak melawan jangkitan & anti-penuaan.

5. Mengembalikan Seri  Wajah  
  • Mengandungi vitamin B-Kompleks, zat besi, & copper yg cukup utk mbentuk sel-seldarah merah yang sihat, sekali gus memberi komplikasi wajah/kulit yg cantik.

6. Detoksifikasi 
  • Kaya dengan serat larut yang membantu (peristalsis kolon dan perut / ususpergerakan) untuk mengeluarkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.

7. Rasa sungguh lazat sesuai utk semua golongan
  • Minuman lazat dengan fruktosa semulajadipenambahan segera nutrien yang perlu untuk badan, tidak mengandungi pewarna tiruan dan gula tiruan.

Mealshakes sesuai untuk seisi keluarga..juga sebagai sarapan yang sesuai di mana ianya mengandungi protin, vitamin dan segala mineral..pilihan di tangan anda..pilih yang terbaik untuk keluarga tersayang.


Herblax Sahabat Karib Sistem Penghadaman Anda

Assalamualaikum readers..

Sharing is caring..kali ni nak kongsi dgn anda semua salah satu supplement Shaklee yg membantu dalam masalah sistem penghadaman iaitu Herblax? Apa itu Herblax ya?

Herb-Lax™

Herb-Lax Shaklee didatangkan dengan kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas.

Bagi menangani kesulitan membuang air besar, Herb-Lax boleh membantu.


Perbezaan Herblax Shaklee –

Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi iaitu alfalfa leaves, senna leaves, anise seed, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, fennel seed dan culver’s root.

Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita dalam masa panjang.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Ok..sekarang kita view fungsi setiap ramuan yang terkandung dalam Herblax ini..

1) Senna leaves – merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, mempercepatkan
proses detoks dan mengurangkan penyerapan lemak.

Senna Leaves
Burkhorn bark – melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus.
Buckthorn bark


3) Licorice root – membantu proses detoks.


Licorice root

4) Fennel seeds – mengeluarkan toksik yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pemgambilan alcohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit dan kembung perut atau usus.

                                                                         Fennel seeds  

5) Anise seeds – merangsang pengeluaran jus gastric untuk membantu proses pencernaan.
Anise seeds

6) Rhubarb root – herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotic.

                                                                      Rhubarb root

7) Blue malva flower – membantu proses detoks dan mengimbangi tekstur kulit.

                                                                  Blue malva flower

8) Culver root – membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma.

                                                                          Culver root

9) Alfalfa leaves – membersihkan usus, darah dan hati.

                                                                        Alfalfa leaves

Antara keistimewaan Herblax

1) Membersihkan najis yang tersekat.
2) Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau yang telah tersimpan lama dalam usus.
3) Membantu masalah sembelit.
4) Tindakan pembersihan yang lembut boleh mengembalikan proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit.
5) Sesuai bagi mereka yang hendak kurus dan mengempiskan perut.
6) Membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut, sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas dijadikan sebagai minuman teh herba.

Cara pengambilan berkesan:-

1) Untuk kesihatan berpanjangan :-  2 kali seminggu – 4 biji setiap kali sebelum tidur.
2) Untuk pembersihan usus/detoks, melawan kanser, mengawal berat badan :- 2 kali sehari – 3 biji setiap kali ( selepas makan dan sebelum tidur)

Perhatian!

Kepada meraka yang mempunyai system penghadaman yang lemah akan mengalami cirit birit pada peringkat awal pengambilan. Manakala bagi mereka yang normal, Herblax menampakkan kesan dalam 8-12 jam selepas pengambilan.

Mereka yang mengalami masalah sembelit yang serius boleh tingkatkan dos pengambilan kepada 5 – 8 biji dan boleh kembali kepada dos biasa setelah proses penghadaman / pembuangan kembali normal.

Sekian perkongsian saya untuk kali ini...harap anda mendapat sedikit sebanyak info..

Thursday, January 9, 2014

Kenali Vita-E Complex Shaklee

Merupakan salah satu supplement yg agak popular dalam Shaklee. Memang laris di kalangan mereka yg obses menjaga kecantikan kulit. Tapi tahukah anda Vita-E juga ada banyak fungsi dan kebaikannya. Bukan hanya untuk kecantikan kulit saje tau..

Jom kita lihat sejauh mana kehebatan Vita-E Complex ni.

Vita-E complex mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E. 

Setiap kapsul gel lembut memberikan:
•    400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium.
•    Membantu dalam memelihara kesihatan baik.

Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.



Fungsi Dan kebaikan vitamin E Shaklee??
  • Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • Memperbaiki peredaran darah,utk memperbaiki tisu,
  • Melindungi paru2 dari pencemaran udara.
  • Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
  • Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan menguatkan dinding kapilari.
  • Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat,
  • Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk)
  • Merendahkan kadar kolesterol.
  • Membantu mencegah kanser.
  • Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki.
  • Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri
  • Mencegah pembentukan parut hodoh (tebal) dari luaran tubuh (apabila disapu terus pada kulit – ia juga boleh diserap masuk melalui kulit), dan juga dari dalambadan.
  • Mempercepatkan penyembuhan luka yang disebabkan oleh terkena benda panas/ terbakar
Kekurangan Vitamin E boleh menyebabkan :
  • Sel darah merah terbelah
  • Perubahan degenerative pd system saraf dan otot
  • Kelemahan dan kesulitan semasa berjalan
  • Nyeri pada otot betis
  • Gangguan penglihatan
  • Warna kulit tidak sekata
  • Mudah mengalami keradangan dan odema ( pengumpulan air dalam tisu), pada bayi.
  • Penuaan kulit sebelum masa.
  • Rambut gugur
  • Anemia.


Istimewanya Bcompleks Shaklee

Jom kita berkenalan pulak dengan Bcompleks Shaklee. Bcompleks ni apa ye?? Apa yg special sgt Bcompleks ni? Ada apa dengan Bcompleks Shaklee?? haaa...wahh gtu..soklan, kerlass you..

Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana, asid folik yang semulajadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh, dan hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik.

Antara kebaikan vitamin B complex 
  • Mengurangkan tekanan emosi dan kelesuan 
  • Membantu dalam kestabilan saraf dan meningkatkan proses pemikiran 
  • Menukarkan makanan kepada tenaga
  • Menolong memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein 
  • Mencegah barah serviks, penyakit jantung dan kecacatan spina
  • Menggalakkan kesihatan system kardiovaskular yang lebih baik.
Bcompleks lengkap terkandung 8 jenis vitamin di dalamnya yg terdiri daripada :-

Vitamin B1
  • Vitamin B1 atau Thiamine adalah penting untuk pencerakinan dan penggunaan karbohidrat, lemak dan protin. Ia juga membantu memelihara sistem saraf dan otot yang sihat serta fungsi jantung yang normal. Setiap sel badan kita memerlukan vitamin B1 bagi membentuk ATP - iaitu bahanapi untuk badan bekerja. Vitamin B1 bekerja seiring dengan vitamin B2 dan vitamin B3 oleh yang demekian pakar makanan akan mengesyorkan vitamin B1 diambil sebahagian daripada vitamin B complex atau lain-lain multivitamin tambahan. 
Vitamin B2
  • Riboflavin adalah perlu untuk pembentukan sel darah merah, penghasilan antibodi, pernafasan sel, dan tumbesaran. Ia melegakan keletihan mata dan penting dalam pencegahan dan rawatan kataract. Ia membantu metabolisma karbohidrat, lemak dan protin. Bersama dengan vitamin A, ia memelihara dan memperbaiki selaput mukosa dalam saluran penghadaman. Riboflavin juga memudahkan penggunaan oksigen oleh tisu kulit, kuku dan rambut ; menghapuskan kelemumur ; dan membantu penyerapan zat besi dan vitamin B6. Pengambilan riboflavin pada amaun yang mencukupi sangat penting ketika mengandung, kerana kekurangan vitamin ini boleh merosakkan fetus yang sedang membesar sekalipun wanita tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda kekurangan vitamin B2. 
Vitamin B3
  • Vitamin B3 atau dikenali juga dengan nama Niacin diperlukan oleh badan kita untuk peredaran darah dan kulit yang sihat. Niacin adalah penting dalam menghasilkan tenaga daripada gula darah (blood sugar) dan dalam pembuatan lemak. Ia membantu dalam fungsi sistem saraf ; dalam metabolisma karbohidrat, lemak dan protin ; dan dalam pengeluaran asid hidroklorik untuk sistem penghadaman. Ia juga terlibat dalam pengeluaran cecair hempedu dan perut yang normal dan sitesis hormon seks. . Niacin merendahkan paras kolestrol dan membaiki peredaran darah. Ia membantu dalam penyakit mental seperti schizophrenia dan ia juga sebagai menambah ingatan.
Vitamin B6
  • Vitamin B6 ataupun pyridoxine adalah vitamin yang lebih banyak terlibat dalam fungsi badan berbanding dengan kebanyakkan nutrien yang lain. Ia memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental. Ia adalah perlu untuk proses ungkaibina dan penggunaan protin, karbohidrat dan lemak daripada makanan, untuk pelepasan karbohidrat yang tersimpan di dalam hati dan otot bagi pengeluaran tenaga. Pyridoxine juga membantu mengimbangi tahap sodium dan potassium. Vitamin B6 ini juga perlu untuk pengeluaran sel darah merah dan antibodi. Ia perlu bagi sistem saraf dan otak berfungsi dengan normal dan untuk sintesis nukleik asid RNA dan DNA, yang mana mengandungi arahan-arahan genetik bagi pengeluaran semula semua sel-sel dan pertumbuhan normal selular. Ia mengaktifkan banyak enzim dan membantu dalam penyerapan vitamin B12, dalam fungsi sistem imuniti, dan dalam pengeluaran antibodi. 
Folate (asid folik)
  • Folik Asid dianggap sebagai makanan otak, ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga dan pembentukan sel darah merah. Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih. Oleh kerana ia berfungsi sebagai koenzim dalam sintesis DNA dan RNA , ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Folik asid terlibat dalam metabolisma protin, dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan folik asid anemia. Zat ini juga boleh membantu dalam depresi dan "anxiety".Folic acid sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf "embryonic" dan " fetal" , yang mana amat penting untuk tumbesaran yang normal. Folic asid sangat berkesan apabila digabungkan dengan vitamin B12 dan vitamin C.
Vitamin B12
  • Vitamin B12 atau cyanocobalamin adalah diperlukan bagi penghasilan bahan genetik pada sel (DNA) untuk pertumbuhan dan pembesaran. Pembentukan sel darah merah oleh sum-sum tulang adalah bergantung pada vitamin ini. Ia menolong memelihara sel saraf dan sel darah merah. Ia juga terlibat dalam penggunaan folik asid dan karbohidrat dalam makanan. Asid hydroklorik melepaskan vitamin B12 di dalam perut ketika proses penghadaman. Selepas itu ia bercantum dengan sejenis bahan yang dipanggil faktor intrinsik (IF) sebelum ianya diserap ke dalam darah. Vitamin B12 juga perlu untuk memelihara sistem saraf yang sihat.
Biotin
  • Biotin membantu dalam pertumbuhan sel, pengeluaran asid lemak,  metabolisma karbohidrat, lemak & protin serta dalam penggunaan vitamin B-complex yang lain. Kuantiti yang mencukupi adalah diperlukan untuk rambut dan kulit yang sihat. Biotin juga memelihara agar kilang peluh, tisu saraf, dan sum-sum tulang sentiasa sihat. Selain daripada itu , ia menolong melegakan kesakitan otot.

Panthothenic Asid (vitamin B5)

  • Vitamin B5 juga dikenali sebagai "vitamin anti-stress" , pantothenic acid memainkan peranan dalam pengeluaran hormon adrenal dan pembentukan antibodi, membantu dalam penggunaan vitamin, dan menolong menukarkan lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga. Ia diperlukan oleh semua sel dalam badan dan tetumpu dalam organ badan. Ia juga terlibat dalam pengeluaran " neurotransmitters ". Vitamin ini adalah elemen perlu koenzim A, bahan kimia badan penting yang terlibat dalam kebanyakkan fungsi metabolisma. Pantothenic acid juga ialah penambah stamina dan mencegah sesetengah bentuk anemia. Ia diperlukan untuk salur perut-usus berfungsi dengan normal dan boleh menolong dalam merawat tekanan dan rasa cemas (anxiety). 



Kenapa  b-compleks diciptakan lengkap dengan kombinasi 8 vitamin ialah:

"B Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. kesemua 8 vitamin ini perlu ada pada vitamin B Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna. Kelebihan dan kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B Complex setiap hari."

Siapa sebenarnya yang perlu B complex?

Semua individu perlukan vitamin B terutama mereka yang...
  • Terdedah kepada sinaran matahari
  • Terdedah kepada tekanan kerja dan beban kerja yang banyak
  • Mereka yang mempunyai sakit kencing manis , tekanan darah tinggi, migraine
  • Mereka yang tidak dapat focus dalam pekerjaan yang dilakukan.
  • Mereka yang hendak menjaga kecantikan tubuh badan
  • Mereka yang nak nampak cantik dan muda
  • Mereka yang mengandung dan menyusukan anaknya
  • Wanita yang mengambil pil perancang


Wednesday, January 8, 2014

Apakah Lecithin dan kebaikannya

Lecithin ialah istilah umum yang digunakan untuk mengelaskan bahan asid lemak (yellow-brownish fatty) yang terdapat dalam haiwan dan tisu tumbuhan. Lecithin mengandungi asid fosforik, kolin dan beberapa asid lemak lain.
Lecithin biasanya banyak terdapat dalam kacang soya,kuning telur, sumber makanan laut dan bunga matahari. Ia mempunyai kelarutan yang rendah dalam air. disebabkan itu, ia  berupaya untuk  bertindak sebagai agen pengimulsi atau pemecah yang baik. disebabkan kebaikan yang terdapat pada lecithin ini,ia banyak digunakan dalam industri kesihatan dan kosmetik. Dalam dunia masakan pula, ia digunakan sebagai pengemulsi untuk mengelakkan makanan yang digoreng melekat pada kuali.

Apa itu lecithin shaklee?

Lecithin shaklee diekstrak dari kacang soya organik bukan GMO. Ia bertindak sebagai pengemulsi lemak yang mencairkan lemak dan mencegah lemak dari melekat pada dinding sel membran.
Setiap kapsul lecithin shaklee mengandungi 520mg lecithin soya (termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol). Kandungan lecithin yang tinggi dalam produk ini memberi kebaikan kepada tubuh.

Antara kebaikan lecithin Shaklee yang perlu kita tahu:

  1. Lecithin bertindak sebagai pemecah lemak dan kolestrol dalam badan. Dalam erti kata lain, lecithin bertindak sebagai ‘pembersih’ salur darah dimana ia membantu memecahkan lemak, kolestrol dan trigliserid didalam tubuh. Disebabkan itu, ia membantu mengurangkan risiko penyakit tekanan darah tinggi, angin ahmar, pemyakit jantung serta mengelakkan saluran arteri dari tersumbat.
  2. Lecithin membantu meraka yang ingin kurus dan langsing. Pengambilan dalam jumlah yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang. Proses ini akan lebih berkesan jika disertakan dengan aktiviti senaman secara konsisten dan pengambilan air yang secukupnya (di syorkan 6-8 liter sehari)
  3. Lecithin memainkan peranan penting dalam membantu penyerapan vitamin larut lemak(vitamin A, D,E & K) ke dalam badan.
  4. Lecithin menghalang enapan lemak di hati, sirosis hati dan hati berlemak. Ia juga membantu memulihkan kesihatan hati dan memastikan hati berupaya menjalankan fungsinya secara maksimum.
  5. Lecithin membantu sistem imunisasi badan dengan memberi perlindungan secara berterusan  kepada sel darah merah daripada diserang oleh virus dan bacteria.
  6. Lecithin berperanan membentuk sel membran. Ini membolehkan kulit menjadi lebih cantik,  halus, dan lembap. Ia juga mengaktifkan metabolisma sel dan seterusnya melambatkan penuaan.
  7. Lecithin menghalang platlet darah dari mengaktifkan tisu gegelung didalam salur darah dan seterusnya melindungi badan daripada alergi seperti penyakit kulit demartitis dan demam alergi.
  8. Lecithin membantu mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan tekanan. Ini kerana lecithin mengandungi kolin yang membentuk ‘penghantar’ untuk saraf cranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan serta menghalang Alzheimer.
  9. Bagi kaum lelaki yang  menjaga kesihatan reproduktif mereka, lecithin memberikan berita baik.Kajian yang berterusan telah menunjukkan kesihatan prostat dan urethra lelaki dapat dipulihkan dengan pengambilan lecithin yang berterusan.
  10. Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan. Ia melembapkan usus dan meleraikan toksin dalam usus. Jadi, ia boleh menghalang masalah sembelit.

Berminat dengan produk2 Shaklee, pertanyaan berkenaan produk, boleh hubungi
Wany 0125941401
Zakry 0105448306
(sms/wasap/call)
SID#973074