Pages

Wednesday, January 8, 2014

Apakah Lecithin dan kebaikannya

Lecithin ialah istilah umum yang digunakan untuk mengelaskan bahan asid lemak (yellow-brownish fatty) yang terdapat dalam haiwan dan tisu tumbuhan. Lecithin mengandungi asid fosforik, kolin dan beberapa asid lemak lain.
Lecithin biasanya banyak terdapat dalam kacang soya,kuning telur, sumber makanan laut dan bunga matahari. Ia mempunyai kelarutan yang rendah dalam air. disebabkan itu, ia  berupaya untuk  bertindak sebagai agen pengimulsi atau pemecah yang baik. disebabkan kebaikan yang terdapat pada lecithin ini,ia banyak digunakan dalam industri kesihatan dan kosmetik. Dalam dunia masakan pula, ia digunakan sebagai pengemulsi untuk mengelakkan makanan yang digoreng melekat pada kuali.

Apa itu lecithin shaklee?

Lecithin shaklee diekstrak dari kacang soya organik bukan GMO. Ia bertindak sebagai pengemulsi lemak yang mencairkan lemak dan mencegah lemak dari melekat pada dinding sel membran.
Setiap kapsul lecithin shaklee mengandungi 520mg lecithin soya (termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol). Kandungan lecithin yang tinggi dalam produk ini memberi kebaikan kepada tubuh.

Antara kebaikan lecithin Shaklee yang perlu kita tahu:

  1. Lecithin bertindak sebagai pemecah lemak dan kolestrol dalam badan. Dalam erti kata lain, lecithin bertindak sebagai ‘pembersih’ salur darah dimana ia membantu memecahkan lemak, kolestrol dan trigliserid didalam tubuh. Disebabkan itu, ia membantu mengurangkan risiko penyakit tekanan darah tinggi, angin ahmar, pemyakit jantung serta mengelakkan saluran arteri dari tersumbat.
  2. Lecithin membantu meraka yang ingin kurus dan langsing. Pengambilan dalam jumlah yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang. Proses ini akan lebih berkesan jika disertakan dengan aktiviti senaman secara konsisten dan pengambilan air yang secukupnya (di syorkan 6-8 liter sehari)
  3. Lecithin memainkan peranan penting dalam membantu penyerapan vitamin larut lemak(vitamin A, D,E & K) ke dalam badan.
  4. Lecithin menghalang enapan lemak di hati, sirosis hati dan hati berlemak. Ia juga membantu memulihkan kesihatan hati dan memastikan hati berupaya menjalankan fungsinya secara maksimum.
  5. Lecithin membantu sistem imunisasi badan dengan memberi perlindungan secara berterusan  kepada sel darah merah daripada diserang oleh virus dan bacteria.
  6. Lecithin berperanan membentuk sel membran. Ini membolehkan kulit menjadi lebih cantik,  halus, dan lembap. Ia juga mengaktifkan metabolisma sel dan seterusnya melambatkan penuaan.
  7. Lecithin menghalang platlet darah dari mengaktifkan tisu gegelung didalam salur darah dan seterusnya melindungi badan daripada alergi seperti penyakit kulit demartitis dan demam alergi.
  8. Lecithin membantu mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan tekanan. Ini kerana lecithin mengandungi kolin yang membentuk ‘penghantar’ untuk saraf cranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan serta menghalang Alzheimer.
  9. Bagi kaum lelaki yang  menjaga kesihatan reproduktif mereka, lecithin memberikan berita baik.Kajian yang berterusan telah menunjukkan kesihatan prostat dan urethra lelaki dapat dipulihkan dengan pengambilan lecithin yang berterusan.
  10. Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan. Ia melembapkan usus dan meleraikan toksin dalam usus. Jadi, ia boleh menghalang masalah sembelit.

Berminat dengan produk2 Shaklee, pertanyaan berkenaan produk, boleh hubungi
Wany 0125941401
Zakry 0105448306
(sms/wasap/call)
SID#973074

No comments: